Wednesday, April 27, 2011

Polisi, Objektif, Matlamat, slogan amalan 5S JAS Sabah


POLISI AMALAN 5S

Warga JAS Sabah perlu secara berterusan mengekalkan Standard Amalan 5S yang terbaik demi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang bersih, informatif, sistematik dan selamat sesuai dengan peranannya sebagai organisasi cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan kesejahteraan alam sekitar.

 OBJEKTIF AMALAN 5S

Mewujudkan tempat kerja yang bersih, kemas, selamat dan sistematik untuk keselesaan dan harmoni;

Memastikan pengurusan operasi organisasi menjadi mudah, cekap dan berkesan;

Meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan tugasan harian; 

Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian;

Melahirkan warga JAS Sabah yang kreatif dan inovatif;

Meningkatkan mutu perkhidmatan kerja melalui penerapan budaya kaizen (inovasi) yang berterusan; dan
  
Meningkatkan imej korporat organisasi JAS Sabah.

 MATLAMAT AMALAN 5S

Memastikan JAS Sabah mencapai prestasi yang paling cemerlang dalam proses penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

SLOGAN AMALAN 5S

AMALAN 5S BUDAYA KERJA KITA,  ASAS PENINGKATAN KUALITI KERJA

Monday, April 4, 2011

5s...Perlu bermula sekarang

Salam dan salam sejahtera kepada semua warga Jasabah..

5s di Jasabah telah memasuki fasa S yang pertama iaitu Sisih..namun demikian sudakah anda mengambil langkah - langkah untuk menyisihkan barang-barang anda yang tidak diperlukan? atau pun masih ada yang belum mengenali sepenuhnya apa yang dimaksudkan dengan 5s? berikut serba sedikit penerangan berkenaan 5s:

 SISIH(SEIRI/SORT)
 
MENGASING DAN MEMBUANG BARANG-BARANG YANG TIDAK DIPERLUKAN DI TEMPAT KERJA SECARA SISTEMATIK

SUSUN (SEITON/SET IN ORDER)
 
KEKEMASAN : MENYUSUN BARANG-BARANG YANG DIPERLUKAN DENGAN TERATUR DAN SISTEMATIK SUPAYA IANYA MUDAH DIAMBIL DAN DIKEMBALIKAN KE TEMPAT ASAL SETELAH DIGUNAKAN
(Mencapai dokumen dalam tempoh 30 saat)

SAPU (SEISO/SHINE)
 
PEMBERSIHAN : MEMBERSIHKAN DAN MEMERIKSA TEMPAT KERJA SECARA BERKALA DAN MENYELURUH SUPAYA TIADA HABUK/KEKOTORAN DI ATAS LANTAI, PERALATAN DAN PERSEKITARAN KERJA.
(Tanggungjawab harian untuk pembersihan ruang dan peralatan kerja individu.)

SERAGAM (SEIKETSU/STANDARDISE) KESERAGAMAN 

 MEWUJUDKAN PIAWAIAN AMALAN TERBAIK DI TEMPAT KERJA DAN MEMASTIKAN PIAWAIAN TERSEBUT DIPATUHI DI SAMPING MENGEKALKAN TEMPAT KERJA ITU BERSIH DAN TERATUR PADA SETIAP MASA. TEMPAT PENYIMPANAN YANG JELAS.
(Tempat penyimpanan peralatan dan dokumen yang jelas.)

SENTIASA AMAL (SHITSUKE/SUSTAIN)
 
DISIPLIN : MELATIH PEKERJA MENGAMALKAN SISTEM AMALAN 5S SECARA BERTERUSAN SUPAYA MENJADI TABIAT DAN BUDAYA KERJA DALAM ORGANISASI.
(Lakukan Amalan 5S secara harian.)

Jadi..diharapkan dengan penerangan yang serba ringkas ini dapat memupuk semangat 5S yang ada pada diri kita dan seterusnya mengamalkan 5S ini walau di mana juga anda berada..marilah kita bersama menjayakan 5S ini bermula sekarang!

Sunday, April 3, 2011

Gambar - Gambar Pelancaran 5s Jas Sabah

Sekitar gambar-gambar pelancaran 5s Jas Sabah..
Aturcara Pelancaran 5s

Penasihat dan Pengerusi 5s, Tuan Pengarah Hj Abdul Razak dan KPP Norazizi



Penyerahan simbolik bermulanya 5s kepada wakil Zon Admin, PT Vizia

PAP Muhidin Mewakili Stor Perabot

PK Karen Mewakili Zon Kiri

JT Khusyairie mewakili Zon Juruteknik

PP Aliudin Mewakili Zon Kanan

Wednesday, March 16, 2011

Logo 5s Jas Sabah

Logo ini adalah Logo 5s Jas sabah, berikut adalah ciri-ciri pada logo tersebut


  •  Bentuk jari dan bintang merupakan simbol bagi 5
  •  Warna Logo iaitu merah,hijau dan biru adalah warna bagi logo asal Jas
  •   Bulatan yang disertai dengan 5s iaitu Sisih,  Susun,  Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal adalah bermaksud kesepakatan warga Jas Sabah dalam menjalankan 5s

Tuesday, March 15, 2011

Pelancaran 5s Jas Sabah

Pada 11 mac 2011 yang lepas, satu majlis ringkas pelancaran 5S peringkat Jas Sabah telah diadakan di Bilik mesyuarat Jas Sabah. Pelancaran dirasmikan oleh Pengarah Jas Sabah sendiri iaitu Tuan Hj Abdul Razak bin Manap.. antara agenda pada majlis tersebut adalah :
  • Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Amalan 5S
  • Ucapan Pelancaran oleh Tuan Pengarah JAS Sabah
  • Tayangan khas pelaksanaan amalan 5S (5-10 minit
  • Taklimat ringkas hala tuju pelaksanaan amalan 5S JAS Sabah
  • Mencadangkan, mewujudkan dan Menetapkan Polisi, Objektif, Matlamat,   Slogan    dan logo pelaksanaan amalan 5S bagi JAS Sabah
  • Mengumumkan zon-zon dan ketua fasilitator zon 5S (Ketua zon menerima gambar kawasan zon sebelum pelaksanaan amalan 5S akan disampaikan oleh Pengarah)
  • Pelan tindakan pelaksanaan amalan 5S
Pada majlis ringkas tersebut, satu simbolik penyampaian gambar-gambar kepada ketua/ahli zon telah diserahkan dan dengan ini bermulalah 5s di Jas Sabah.